Ada apa pada nama?

Ada banyak! Nama adalah langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat 🙂 Membina jenama adalah antara strategi perniagaan yang penting. Langkah pertama dalam membina jenama adalah memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan sebaiknya mempunyai antara ciri-ciri tersebut dalam membina jenama yang kuat: Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft Ianya patut… Continue reading Ada apa pada nama?

Beri balik – give back!

Salah satu idola perniagaan saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Belum lagi berpeluang berjumpa dengannya… kalau berpeluang, that would be the day! 🙂 Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Yayasan Ilham Budi yang saya sedang usahakan adalah hasil inspirasi daripada langkahnya. Hadis ada… Continue reading Beri balik – give back!

Cita-cita yayasan saya tercapai!

2 tahun lepas, November 2005, Mingguan Malaysia menemuramah saya… Apa makna wang pada Irfan? Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain… Continue reading Cita-cita yayasan saya tercapai!

Masalah harga rendah

Mungkin anda pernah dengar pesanan ini, sekiranya meletakkan harga terlalu rendah, ia akan memusnahkan pasaran harga sesuatu industri akibat perang harga. Contoh, sekiranya peniaga nasi ayam di sesuatu kawasan itu menurunkan harga Nasi ayamnya dari Rm2.50 kepada RM2.00, ini akan menyebabkan usahawan nasi ayam yang lain di kawasan itu juga turut mengurangkan harga ke RM2.00.… Continue reading Masalah harga rendah

Ada orang nak beli ke?

Ok, hari ini saya pula nak tanya anda soalan 🙂 Soalan ini memang sering saya terima. Mungkin anda juga pernah dengar soalan sebegini, atau anda sendiri pernah tanya soalan ini. Apabila merancang untuk memulakan perniagaan, satu perkara menjadi tanda tanya dan juga menghalang kita mengambil langkah memulakan perniagaan tersebut. Soalannya adalah: Ada orang nak beli ke… Continue reading Ada orang nak beli ke?

Bagaimana Mr.A melakukannya?

Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang jutawan (kita gelarnya Mr.A) yang mempunyai beberapa perniagaan. Saya sering kagum dengan mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekali gus yang melibatkan ramai pekerja oleh kerana, bagaimana dirinya mencari masa untuk mengendalikan kesemua perniagaan??? Jawapan Mr. A adalah, kerjanya hanya memulakan perniagaan, dan melantik seorang pengarah atau pengurus perniagaan itu.… Continue reading Bagaimana Mr.A melakukannya?

Melabur keuntungan perniagaan secara automatik

*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini* Semua tahu bahawa kita perlu create multiple-streams-of-income. Betapa pentingnya aliran pendapatan berganda. Salah satu caranya adalah melabur keuntungan perniagaan kita. Sebaiknya, lakukannya secara automatik. Bukan melabur pada pelaburan Internet. Tetapi, laburkan di Institusi… Continue reading Melabur keuntungan perniagaan secara automatik

ADA idea tetapi TIADA modal

Masalah ini sering saya dengar. Mempunyai idea yang hebat, tetapi, tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk mengimplementasikan idea tersebut. Sebahagian daripada saya akan “kesian” apabila dengar masalah sebegini. Sebab, idea yang hebat sepatutnya diimplementasikan… Sebahagian lagi daripada saya pula akan “kesian” pada insan tersebut oleh kerana memikirkan idea yang hebat memerlukan modal! Sebenarnya, idea yang… Continue reading ADA idea tetapi TIADA modal

Buka fikiran

Semalam saya berpeluang memberi taklimat mengenai perniagaan Internet kepada beberapa ahli perniagaan yang berjaya. Mereka telah lama berkecimpung dalam perniagaan, namun, taklimat yang saya beri semalam mengenai perniagaan Internet membuka fikiran mereka kepada era perniagaan yang baru. Ramai antaranya ingin membawa perniagaan mereka yang sedia ada ke Internet. Bagi saya, mereka telah membuka fikiran ke era perniagaan… Continue reading Buka fikiran