Ada banyak! Nama adalah langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat 🙂
Membina jenama adalah antara strategi perniagaan yang penting. Langkah pertama dalam membina jenama adalah memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan sebaiknya mempunyai antara ciri-ciri tersebut dalam membina jenama yang kuat:
- Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
- Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas &Â Burger King
- Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
- Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota
Sekiranya mengandungi keempat-empat ciri tersebut- lagi baik!
Ianya dikatakan bahawa menggunakan nama sendiri adalah strategi yang baik oleh kerana menepati keempat-empat ciri-ciri diatas, contoh: Dell Computers, Aminah Hassan & Irfan Khairi! 🙂 Namun, perlu juga menggunakan strategi meningkatkan nama jenama untuk memastikan nama jenama kita terus dikenali.
ps: Sertai Worshop Jutawan Internet sekarang! Tempat semakin terhad.