Siapa sebenarnya pesaing anda?

Soalan ini mudah sahaja, tetapi, anda perlu benar-benar memahami pasaran anda untuk megetahui siapa sebenarnya pesaing anda?Cuba fikirkan… Mc Donalds dan Burger King menjual makanan fast food yang sama. Adakah mereka pesaing? Tetapi, Mc Donalds dan KFC pula menjual makanan fast food yang berbeza. Adakah mereka pesaing? Bagaimana pula McDonalds, KFC, Pizza Hut dan A&W… Continue reading Siapa sebenarnya pesaing anda?

Tip Satu Minit… menjadi program TV?

Lambat sedikit menulis tip satu minit hari ini , tetapi, ada berita baik untuk dikongsikan bersama komuniti tip satu minit. Semalam saya ada menghadiri satu meeting ni (a very good one!) dengan (nama syarikat “biarlah rahsia”) 🙂 Terdapat ura-ura yang Tip Satu Minit akan menjadi program TV! Untuk TV mana? “biarlah rahsia” sekali lagi. 🙂… Continue reading Tip Satu Minit… menjadi program TV?

Beri jaminan @ guarantee

Memberi jaminan atau guarantee adalah satu cara untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda. Jaminan merupakan satu kaedah meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi pembeli. Katakan,sehari, anda berjaya menjual 5 produk anda (tidak memberi jaminan). Tetapi, sekiranya anda memberi jaminan (mungkin money back guarantee, atau tukar produk yang rosak), jualan produk anda meningkat kepada 7 produk sehari.… Continue reading Beri jaminan @ guarantee

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia

Ingin mengambil peluang hari ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca tip satu minit dan juga peserta-peserta Workshop Jutawan Internet. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Saya akan sentiasa doakan kejayaan anda, mudah-mudahan anda juga mendoakan kejayaan saya. Sama-sama doakan kejayaan kita semua dan dimurahkan rezeki. Semoga kita… Continue reading Selamat menyambut Ramadhan yang mulia

Fikir BESAR walaupun anda KECIL….

[hana-code-insert name=’p4promo’ /] Beri peluang kepada diri anda untuk “think big”. Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big. Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda boleh membina kedai-kedai tambahan… Continue reading Fikir BESAR walaupun anda KECIL….

Francais… bagaimana hendak melakukannya?

Ingat tak hari tu kita ada bincang bagaimana McDonalds mempunyai satu “system” menjual burgernya yang boleh diduplikasikan dalam bentuk francais? Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan sebegini untuk melipatkali gandakan keuntungan mereka. Ini termasuk Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, KFC, Pizza Hut, Popular dan lain-lain… Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang mempunyai satu sistem untuk difrancaiskan… Continue reading Francais… bagaimana hendak melakukannya?

Bagaimana Nicole David lakukannya?

Salah satu ahli sukan kegemaran saya adalah Ratu Squash kita, Nicole David. Semalam beliau memenangi British Open dan menguatkan lagi kedudukannya sebagai pemain squash wanita #1 dunia! Wow, satu kebanggaan Malaysia dan menjadi inspirasi bahawa rakyat Malaysia juga boleh bersaing dan menjadi #1 di mata dunia. Malam tadi, selepas kemenangannya, wartawan bertanyakan apakah rahsia kejayaannya?… Continue reading Bagaimana Nicole David lakukannya?

Beri pilihan… murah & mahal

Beri pilihan kepada pelanggan anda. Sekiranya produk anda adalah mahal, beri pilihan versi produk anda yang murah. Sekiranya produk anda adalah murah, beri pilihan produk anda di pakejkan dengan produk yang lain untuk menjadikannya mahal. Di internet, sering menggunakan teknik ini di mana sesuatu perkhidmatan diberikan dalam beberapa ruang harga, contoh: Bronze package (murah), Silver… Continue reading Beri pilihan… murah & mahal

Kejayaan adalah seperti magnet

Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet. Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya… Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya… Continue reading Kejayaan adalah seperti magnet

Nama produk asal mana?

Terdapat juga strategi promosi menamakan produk anda untuk memberi tanggapan “asal” produk tersebut dari negara lain. Anda tahu kasut jenama BONIA? Adakah ianya dari France? Anda tahu pakaian berjenama GIORDANO? Adakah ianya dari Italy? Anda tahu bateri kereta berjenama YOKOHAMA? Adakah ianya dari Jepun? Jawapannya: BONIA adalah produk Malaysia… sekarang anda tahu! GIORDANO adalah produk… Continue reading Nama produk asal mana?