Jutawan murah… jutawan mahal

Yang mana lebih menguntungkan? Menjual barang mahal kepada sedikit orang atau… Menjual barang murah kepada ramai orang? Sejarah telah menunjukkan dari perniagaan-perniagaan yang lepas, sememangnya menjual barang mahal kepada sedikit orang lebih menguntungkan. TETAPI… Kebarangkalian untuk seseorang usahawan menjadi JUTAWAN adalah lebih sekiranya menjual barang murah kepada ramai orang. Sebagai contoh, tidak ramai penjual kereta… Continue reading Jutawan murah… jutawan mahal

Katakan tidak!

Kita sebagai orang timur yang penuh dengan budi bahasa, kadang kala rasa berat untuk kata “tidak” dan menolak permintaan seseorang. Sekiranya seseorang meminta anda melakukan kerja yang tidak bernilai tinggi untuk masa anda, belajar untuk menolak permintaan tersebut. Katakan “tidak”. Dari segi psikologi pada diri anda juga, dengan menolak kerja-kerja yang bernilai rendah, anda akan… Continue reading Katakan tidak!

Mulut ke mulut ke mulut…

Eh, jangan difikir yang bukan-bukan 🙂 maksud saya, “Word of Mouth” marketing… pemasaran mulut-ke-mulut. Terdapat laporan perniagaan mengatakan 60% daripada pelanggan anda datangnya daripada pemasaran mulut-ke-mulut. Amat besar jumlah tersebut, oleh itu, jangan pandang rendah teknik pemasaran ini. Pemasaran mulut ke mulut adalah apabila orang ramai yang mempromosikan perniagaan anda tanpa sebarang upah. Pemasaran mulut… Continue reading Mulut ke mulut ke mulut…

Kerja untuk diri sendiri

Salah satu prinsip bagi mereka yang berjaya adalah menganggap diri mereka kerja untuk diri sendiri. Dalam erti kata lain, menganggap diri sebagai self employed. Walaupun sekiranya anda bekerja makan gaji, anggap diri anda sebagai self employed oleh kerana dengan melakukan ini, anda akan lebih menghargai masa dan nilai anda. Anggap anda dibayar mengikut jam anda… Continue reading Kerja untuk diri sendiri

Perniagaan yang berubah

Menurut majalah perniagaan Inc., hampir kesemua perniagaan yang mencapai kejayaan yang cemerlang pada ketika ini, pada asalnya bukan seperti perniagaan yang dirancang. Pada asalanya, perancangan adalah untuk menjalankan perniagaan lain, namun, ditengah jalan, segalanya bertukar menjadi perniagaan yang berbeza. Mengapa ini terjadi? Adakah perancangan tidak diperlukan dalam perniagaan oleh kerana perniagaan anda akan berubah jua?… Continue reading Perniagaan yang berubah

Selamat datang September 2006

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan September. Tip satu minit masuk bulan baru, cuti sehari untuk buat rujukan tip-tip pada bulan Ogos. Klik di sini untuk membaca kesemua tip bulan Ogos… Ok, hari ni, apakata anda kongsikan serba sedikit mengenai diri anda untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Kiranya kita buka komen-komen hari ini untuk “networking”.… Continue reading Selamat datang September 2006