Pentingnya pemasaran perniagaan

Pemasaran perniagaan adalah amat penting dalam sesuatu perniagaan. Kata seorang pakar perniagaan: “Marketing is too important to be left to the marketing people!” Maksudnya, sekiranya anda memiliki perniagaan, usah 100% beri tanggungjawab pemasaran kepada bahagian pemasaran. Anda sebagai pemilik harus mengetuai pemasaran perniagaan anda sendiri oleh kerana pemasaran adalah amat penting dalam kejayaan perniagaan anda.… Continue reading Pentingnya pemasaran perniagaan

Logo perniagaan anda

Ciptakan satu logo untuk perniagaan anda. Logo, walaupun kecil, memberi impak yang amat besar kepada sesuatu perniagaan. Kecil-kecil cili padi la katakan! Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar/imej daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah ingat logo/imej anda. Di situ la datangnya pepatah “A picture paints a thousand… Continue reading Logo perniagaan anda

Cara paling efektif dalam pengiklanan

Apabila mengiklankan perniagaan anda, cara paling efektif adalah dengan cara memperbanyakkan medium-medium iklan. Bermaksud, jangan tumpukan kepada satu cara sahaja seperti mengedarkan leaflet sahaja. Gunakan kepelbagaian kaedah seperti leaflet, kad bisnes, poster, iklan surat khabar, iklan majalah dan kalau boleh Internet, radio dan tv juga! Ianya lebih efektif mempelbagaikan cara iklan dalam jangkamasa 2-3 bulan… Continue reading Cara paling efektif dalam pengiklanan

Hi, my name is Sam, this is my card!

Teringat saya degan sitcom popular 2+1 suatu masa dulu untuk tip ini. Apabila membuat kad bisnes (business card), penuhi ruang belakang kad bisnes anda dengan maklumat perniagaan anda- produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Ini adalah kerana seseorang itu akan terima terlalu banyak kad bisnes dan jarang sekali dapat ingat apakah perniagaan anda sebenarnya sekiranya… Continue reading Hi, my name is Sam, this is my card!

Senyuman dalam perniagaan

Ketika berniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba kekedai anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai anda, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi. Senyuman juga bukan sahaja apabila bersemuka. Di telefon juga,… Continue reading Senyuman dalam perniagaan

Nama Perniagaan Anda

Dalam menamakan perniagaan anda, pastikan nama perniagaan anda mempunyai kaitan dengan fungsi perniagaan anda. Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan anda juga bertindak sebagai strategi promosi perniagaan anda. Nama yang efektif adalah apabila nama perniagaan anda disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut… Continue reading Nama Perniagaan Anda

Idea perniagaan ada dalam diri anda!

Ramai yang berjumpa dengan saya sering tanya. Idea perniagaan apa yang perlu dimulakan? Tidak perlu mencari jauh-jauh. Cuba lihat dalam diri anda sendiri. Cuba lihat dalam industri anda. Anda mungkin mempunyai idea yang bernilai berjuta ringgit di dalam fikiran anda. Ramai antara kita sering mempunyai idea produk atau perkhidmatan bermain-main di kepala setiap hari, tetapi… Continue reading Idea perniagaan ada dalam diri anda!

Syarat 80-20 dalam perniagaan

Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang menerima pelanggan yang berulang seperti restoran, perniagaan berbentuk perkhidmatan, atau perniagaan yang memerlukan belian barangan kerap, anda akan mendapati bahawa 20% daripada pelanggan anda akan memberi 80% dari keuntungan perniagaan anda! Oleh itu, pastikan siapakah antara 20% pelanggan anda yang memberi pulangan 80% keuntungan perniagaan anda. Mereka adalah pelanggan VIP… Continue reading Syarat 80-20 dalam perniagaan

Warnai Perniagaan Anda

Warnakan perniagaan dengan warna jenama anda! Satu cara baik untuk memberi daya tarikan profesional kepada perniagaan anda (walaupun perniagaan kecil), adalah dengan mempunyai warna khas untuk perniagaan anda untuk tujuan penjenamaan (branding). Gunakan warna perniagaan anda di mana-mana sahaja– promosi, laman web, poster, kad bisnes, leaflet, logo dan lain-lain. Sebagai contoh, Rahsia Internet.com, Coca-Cola, 7-eleven dan Malboro,… Continue reading Warnai Perniagaan Anda

Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!

Selepas anda berjaya membuat satu jualan, berikan kepada pelanggan anda kupon diskaun untuk belian seterusnya. Ini adalah kerana, untuk mendapat belian berulang dari pelanggan lepas adalah lebih mudah dari pada mendapatkan belian dari pelanggan baru. Dengan memberi kupon diskaun, anda memudahkan pelanggan anda membuat keputusan untuk membuat belian seterusnya dari pada anda juga!