Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda

Dua hari lepas kita sentuh mengenai back end product. Bererti, kita menjual “follow up” produk selepas pelanggan membuat belian pertama, mungkin terus selepas belian, 2-3 hari selepas buat belian, 1 minggu selepas buat belian, sebulan selepas buat belian, atau bila masa sahaja. Up selling pula adalah apabila anda mempromosikan produk tambahan sebelum pelanggan membuat belian.… Continue reading Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda

Backend product = keuntungan yang lebih!

Backend product adalah product tambahan untuk anda jual kepada pelanggan sedia ada anda. Konsep produk backend adalah simple sahaja, tetapi, ia dapat menambahkan keuntungan perniagaan anda dengan mudah. Konsep backend adalah kerana pelanggan yang sedia ada lebih mudah membuat keputusan untuk membeli daripada anda berbanding dengan pelanggan baru. Sebagai contoh, pelanggan yang membeli buku Rahsia… Continue reading Backend product = keuntungan yang lebih!

Jawapannya: Burger yang “sistematik”!

Memang hebat jawapan anda semua. Memang betul,”branding” termasuk logo, warna, slogan, marketing plan, budget semuanya membuat orang memilih McDonalds. Semua tu kita dah bincang sebelum ni… dan akan dibincangkan lagi. Tetapi, jawapan dan tip hari ini adalah, McDonalds’s mempunyai suatu “sistem” iaitu business system mereka. “The answer is obvious: McDonald”™s is excellent at business systems.… Continue reading Jawapannya: Burger yang “sistematik”!

Maksima pulangan melalui program affiliate

Affiliate program adalah salah satu cara menjana pendapatan sampingan melalui laman web anda. Sekiranya anda menyertai suatu program affiliate, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pulangan yang maksimum melalui affiliate link anda adalah dengan memberi review/testimonial/pendapat anda sendiri keatas produk yang anda promosikan. Sebaiknya, anda pernah menggunakan produk yang ingin dipromosikan. Namun, sekiranya anda tidak… Continue reading Maksima pulangan melalui program affiliate

Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

Untuk menarik pelanggan menggunakan produk atau perkhidmatan anda sekiranya mereka pada asalnya menggunakan produk dan perkhidmatan pesaing anda adalah, gunakan teknik kuasa tiga. Kuasa tiga bermaksud anda perlu mendapatkan 3 sebab mengapa produk atau perkhidmatan anda adalah lebih baik dari apa yang sedia ada di pasaran. Sebagai contoh, produk anda lebih tahan lama, lebih murah… Continue reading Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

Memiliki perkataan

Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil– saya sendiri boleh membuktikannya 🙂 Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda. Tip kali ini: miliki perkataan. Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau dua perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh: “Fast… Continue reading Memiliki perkataan

Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Semakin banyak scam (penipuan) tidak kira di perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet kini. Bagaimana hendak tahu sama ada ianya SCAM ataupun bukan? SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai… Continue reading Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Marketing Mix

Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2? Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi. Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad… Continue reading Marketing Mix

Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu. Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.… Continue reading Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Ogos 2006 – Bulan Merdeka!

Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini. Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari. Kajian… Continue reading Ogos 2006 – Bulan Merdeka!