Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu. Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.… Continue reading Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Ogos 2006 – Bulan Merdeka!

Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini. Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari. Kajian… Continue reading Ogos 2006 – Bulan Merdeka!

Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3

Bagaimana dengan minggu berfikir positif kita? Masuk hari ini, sudah hari ke-tiga. Bagi mereka yang terlepas pengenalan, sila lihat Tip Kejayaan hari Sabtu lepas. Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa? Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan… Continue reading Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3

Bila tiba masanya untuk merekacipta…

Bila tiba masanya untuk merekacipta bahan-bahan promosi anda, mungkin poster, brochure, laman web, kad bisnes, atau apa sahaja yang memerlukan sentuhan kreatif- JANGAN lakukannya sendiri sekiranya anda bukan seorang yang kreatif! Shukur Alhamdulillah saya diberi anugerah kreatif dalam merekacipta- kebanyakan bahan promosi syarikat saya, saya sendiri yang mereka cipta. Tetapi, tidak semua orang mempunyai bakat… Continue reading Bila tiba masanya untuk merekacipta…

Iklan yang pasti menarik pelanggan

Tidak kira media apa yang anda gunakan, terdapat 3 kunci kepada iklan yang berjaya. Kunci-kuncinya adalah: “¢ Cipta keseronokan “¢ Beri berita “¢ Menyeru ambil tindakan Sebagai contoh, lihat iklan ini: “Jutawan Internet Malaysia mendedahkan Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari! Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini” Ia mengandungi ketiga-tiga kunci iklan… Continue reading Iklan yang pasti menarik pelanggan

Idea hebat ketika cuti!

Idea yang hebat seringkali datang pada individu yang bebas dari tugas harian dan mempunyai masa untuk berfikir– tiada mesyuarat, panggilan telefon, berjumpa dengan pelanggan dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain. Dari masa ke semasa, bebaskan waktu anda dari perniagaan untuk berfikir dan mencari idea-idea bagaimana anda boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda. Ada seorang rakan saya… Continue reading Idea hebat ketika cuti!

Matlamat seorang jutawan

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang. Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda… Continue reading Matlamat seorang jutawan

Jangan sombong dalam bertanya!

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya! Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda… Continue reading Jangan sombong dalam bertanya!

Mengiklan melalui brochure dan pamplet

Mengiklan melalui brochure dan pamplet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pample, kita akan terus buangnya ke tong sampah! Brochure dan pamplet boleh menjadi teknik promosi yang efektif sekiranya digunakan secara betul. Brochure dan pamplet amat efektif sekiranya di beri pada pasaran yang tertumpu. Sebagai contoh, untuk… Continue reading Mengiklan melalui brochure dan pamplet

Mencapai kejayaan pada usia muda

Semua comment semalam amat tepat sekali! Faktor ilmu, pengalaman, contacts, memang memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan. Tetapi, jangan lupa, dalam masa 2-3 tahun pun anda boleh melipatkali gandakan ilmu, pengalaman dan contacts. Tidak perlu tunggu 20-30 tahun. Sebenarnya cepat atau lambat mencapai kejayaan itu memang tiada kena mengena dengan umur. Tetapi, bergantung kepada bila… Continue reading Mencapai kejayaan pada usia muda