Ubahkan Diri Anda

Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pelu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu. Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk… Continue reading Ubahkan Diri Anda

Syarat 80-20 dalam perniagaan

Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang menerima pelanggan yang berulang seperti restoran, perniagaan berbentuk perkhidmatan, atau perniagaan yang memerlukan belian barangan kerap, anda akan mendapati bahawa 20% daripada pelanggan anda akan memberi 80% dari keuntungan perniagaan anda! Oleh itu, pastikan siapakah antara 20% pelanggan anda yang memberi pulangan 80% keuntungan perniagaan anda. Mereka adalah pelanggan VIP… Continue reading Syarat 80-20 dalam perniagaan

Berikan 110% Komitmen

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa. Sebarang… Continue reading Berikan 110% Komitmen

Warnai Perniagaan Anda

Warnakan perniagaan dengan warna jenama anda! Satu cara baik untuk memberi daya tarikan profesional kepada perniagaan anda (walaupun perniagaan kecil), adalah dengan mempunyai warna khas untuk perniagaan anda untuk tujuan penjenamaan (branding). Gunakan warna perniagaan anda di mana-mana sahaja– promosi, laman web, poster, kad bisnes, leaflet, logo dan lain-lain. Sebagai contoh, Rahsia Internet.com, Coca-Cola, 7-eleven dan Malboro,… Continue reading Warnai Perniagaan Anda

Buat Keputusan Hari Ini!

Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya. Sudah tentunya, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang mendoakan kekayaan. Tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan menjadi kaya. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Tanpa membuat… Continue reading Buat Keputusan Hari Ini!

Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!

Selepas anda berjaya membuat satu jualan, berikan kepada pelanggan anda kupon diskaun untuk belian seterusnya. Ini adalah kerana, untuk mendapat belian berulang dari pelanggan lepas adalah lebih mudah dari pada mendapatkan belian dari pelanggan baru. Dengan memberi kupon diskaun, anda memudahkan pelanggan anda membuat keputusan untuk membuat belian seterusnya dari pada anda juga!

Kunci Kekayaan – Keinginan

Kunci kekayaan pertama adalah keinginan menjadi kaya. Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan. Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebut. Lebih hebat enjin tersebut, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut. Apa jua pencapaian anda adalah… Continue reading Kunci Kekayaan – Keinginan