Sememangnya anda boleh katakan produk atau perkhidmatan anda bagus atau hebat (angkat bakul sendiri la…), tetapi, apa yang dapat memberi impak yang lebih adalah, memberikan testimoni dari pelanggan anda untuk tatapan bakal pembeli.
Testimoni di lihat sebagai rujukan pihak ke tiga yang memberi kredibiliti kepada anda. Kenapa testimoni penting? Secara psychologynya, manusia tidak suka menyertai sesuatu bersendirian…
Pernah tak anda merancang pergi ke restoran dengan keluarga, kemudian tiba di luar restoran itu, nampak didalamnya, kosong sahaja… tak meriah… takde orang… anda sekeluarga pun beredar cari restoran yang “ramai sikit orang”. Pernah kan?
Testimoni memberi impak seperti itu. Ia menunjukkan bahawa orang lain telah mencuba produk atau perkhidmatan anda. Dan orang lain telah manfaat dari produk atau perkhidmatan anda! Jadi, ia memudahkan lagi anda untuk membuat sebarang jualan.
Apabila bertemu pelanggan yang amat menyukai produk anda, jangan lupa meminta testimoni dari mereka. Mereka tidak akan fikir dua kali untuk memberikannya kepada anda! (contoh-contoh testimoni Workshop Jutawan Internet)