Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya 😉 Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…
Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.
Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”

Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?
Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.