[hana-code-insert name=’p4promo’ /]
Sebagai seorang usahawan (atau bakal usahawan) pastinya kita sering mendapat pelbagai idea dan ingin melakukan banyak perkara. Keadaan ini adalah petanda bahawa anda mempunyai minda seorang usahawan – tahniah!
Namun, keadaan ini juga ada kelemahannya kerana kita ingin melakukan banyak perkara, sehingga satu perkara pun tak menjadi. Masalah juga tu!
Masalah seorang usahawan adakalanya bukan kerana terhad atau kurang idea untuk dilakukan. Tetapi, masalah juga apabila terlalu banyak idea dan terlalu banyak yang ingin dilakukan sehingga tidak fokus. Semuanya nak buat namun, semuanya separuh jalan.
Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”

Peribahasa Melayu pula berbunyi “Yang dikejar tak dapat, yang di kandung berciciran”. Fokus kepada usaha yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea… berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.
Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.
Latih diri sendiri untuk memberi fokus supaya dapat memberi lebih banyak tumpuan dan tenaga pada sesuatu perkara sahaja. Memang akan terasa sukarKadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.
Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga 🙂
Anda mempunyai banyak idea perniagaan tetapi satu pun masih belum menjadi? Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu anda memberi fokus dan tumpuan kepada idea perniagaan anda dari mula sehingga terbinanya perniagaan yang boleh menjana pendapatan.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan maklumat di sini oleh kerana pengambilan terbaru kini dibuka. Tempat adalah terhad untuk memberi tumpuan dan suasana pembelajaran yang lebih ideal.