Kali ini saya dijemput sebagai tetamu dalam siri talk-show baru, Gedik Santai di TV3.
Gedik santai adalah rancangan talk-show baru yang diacarakan oleh dua pengacara popular, Raja Azura (Kak Engku) & Sharifah Azranirah. Talk show based sitcom ini mengenakan konsep baru. Untuk pilot episode (episod pertama), 3 tetamu jemputan iaitu Syafinaz (judge One In A Million), pelakon Zahida Rafiq dan saya.
Bagi sesiapa yang berminat, ni jemputan khas ni. Datanglah untuk rakaman Gedik Santai di Sri Pentas 2 (Azran Alam) pada hari Jumaat ini jam 3.00-6.00ptg. Jangankan tengok di TV, tengok saya secara live recording lagi tu 🙂
Sebenarnya, takut2 sikit pun ada sebab Kak Engku & Sharifah Azranirah memang kaki mengusik. Bersedia saja lah saya 😉
Terima kasih kepada TV3 sekali lagi kerana tidak jemu-jemu menjemput saya. Amat berterima kasih oleh kerana kini, media penyiaran (kesemuanya) juga memberi peluang usahawan Internet menjadi personality. A good news untuk semua usahawan Internet (nanti takde la orang pandang usahawan Internet sebelah mata)!
Jangan lupa, bagi mereka yang takde kerja, boleh kita jumpa Jumaat ini 🙂