Baru-baru ni, saya lalu pusat membeli belah Ikano Power Center di Damansara Perdana, dan perasan mereka sedang tukar nama shopping center tu kepada “IPC”. Personally saya lagi suka kalau ia ditukarkan kepada “Ikano” sahaja… baru bunyi imported 😉
Teringat pula saya kepada perniagaan-perniagaan yang kita kenali dulu, yang kemudiannya, mungkin akibat penjenamaan semula (rebranding), menukar nama….

Paling saya ingat adalah ubat gigi DARKIE… yang kemudiannya jadi DARLIE

OIL OF ULAN, menjadi OIL OF OLAY kini…
Adakalanya kita perlu melakukan penjenamaan semula produk kita. Namun, ianya bukan perkara yang mudah kerana ia mengakibatkan persepsi pelanggan dan juga bakal pelanggan anda yang telah lama menanam jenama asal dalam minda mereka.
Sebaliknya pula, penjenamaan semula adalah peluang untuk promosi kan produk kita dan memberi tanggapan produk ‘baru’.
Apa lagi produk-produk yang kita kenali yang telah bertukar nama?