Sukacita dan ceria di hati terasa sebenarnya apabila melihatkan suasana pasaran di internet semenjak kebelakangan ini, berkembang pesat dengan laman-laman yang berunsur Islamik. Di facebook, sudah banyak laman tentang Islam, sejarah Islam, Al-quran, dan para ulamak serta cendekiawan islam mendekati masyarakat sedunia, sehingga berjuta-juta yang ‘like’ pages mereka.
Oleh kerana itu jugalah, terasa amat gembira melihat abang-abang, kakak-kakak bersama emak, abah pun sudah menggunakan internet secara berterusan, menyusuri laman-laman yang banyak menawarkan segala-gala tentang islam, Alhamdulillah.
Kadang-kadang, mereka kelihatan begitu asyik sehingga berjam-jam lamanya melayari internet. – Ini jelas menunjukkan, pasaran perniagaan internet semakin meluas, lebih-lebih lagi kepada Usahawan Muslim!
“Boleh dikatakan, terlalu banyak ruang-ruang kosong di pasaran (gaps in the market) untuk produk dan perkhidmatan yang berteraskan Islam di Internet.”
Ini adalah kerana tidak ramai usahawan Internet Islam yang mengambil peluang tersebut. Kita di Malaysia yang mempunyai kemudahan Internet yang mencukupi patut mengambil peluang ini dalam meniagakan produk-produk berteraskan Islam untuk pasaran Malaysia ataupun pasaran dunia.

Ini kerana, pasaran produk Islam amat luas sekali di seluruh dunia. Cuba kita lihat pasaran tempatan sahaja dulu. Di sekeliling kita, di kedai-kedai buku Islam, banyak buku-buku, DVD, CD pendidikan islam untuk anak-anak, Audio CD Islamiah yang bagus, semuanya masih agak kurang dijual di Internet.
[Bersambung di “Perniagaan Internet Semakin… ‘ISLAMIK’ (Bahagian 2)”]