Internet membolehkan perniagaan kecil-kecilan bersaing dengan syarikat besar. Sebagai tambahan, syarikat kecil, mempunyai peluang untuk berjaya yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat besar.
Mengapa?
Ini adalah kerana kebiasaannya keuntungan sesuatu perniagaan bukan bersandarkan kepada kecanggihan teknologi yang ada. Tetapi, oleh kerana kebolehan sesuatu perniagaan itu membina perhubungan (relationship) dengan pelanggan dan bakal pelanggan dengan lebih mudah (seperti Tip Satu Minit ini!).
Kebanyakan pengguna yang inginkan produk, perkhidmatan atau maklumat yang spesifik (niche) akan mencari perniagaan kecil yang pakar berbanding dengan perniagaan koprat besar yang pakar.
Oleh itu, sekiranya anda risaukan persaingan dari syarikat besar- jangan takut. Perniagaan kecil-kecilan mempunyai berbagai-bagai advantage!
PS: Untuk mengetahui teknik dan cara lain untuk bersaing dengan syarikat besar, Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara-caranya. Maklumat lanjut di sini.