Setiap hari Rabu dalam jam 8.30am, saya bersama Astro Awani dalam program Awani Pagi menyampaikan maklumat mengenai perniagaan Internet. Kalau anda termiss, insyaallah saya akan uploadkan siri-siri perniagaan Internet saya di YouTube untuk tatapan anda 🙂
Ok, hari ni back to basic balik. Ada antara kita masih tak faham lagi konsep asas perniagaan Internet, jadi dalam siri01 ini, saya kongsikan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Bagi anda yang ingin mengetahui konsep asa perniagaan Internet, pasti klip ini dapat membantu 🙂
4 Langkah tersebut adalah:
Langkah #1: Produk atau perkhidmatan
Apakah produk atau perkhidmatan yang anda ingin jualkan di Internet? Dalam perniagaan, pastinya perlu ada pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang ringgit…
Langkah #2: Laman Web
Di Internet, laman web adalah kedai anda. Kalau perniagaan bukan Internet, anda perlu mempunyai tapak untuk menjual produk atau perkhidmatan. Di Internet, anda masih memerlukan tapak untuk menjual produk/perkhidmatan anda. Tapak di Internet berbentuk laman web…
Langkah #3: Terima bayaran
Laman web anda perlu boleh menerima bayaran. Sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek.
Langkah #4: Promosi
Perniagaan Internet pastinya gagal tanpa promosi yang betul. promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan Internet
Bagi yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan Internet, boleh sertai. Lawati http://www.rahsiainternet.com untuk keterangan lanjut.