Untuk perniagaan bukan Internet, sering kali terdapat 2 perniagaan yang sama “kuat”.
Sebagai contoh:
- Coca-Cola, bersaing sengit dengan Pepsi
- Mercedes, bersaing sengit dengan BMW
- Mc Donalds, bersaing sengit dengan KFC
Tetapi, sekiranya perniagaan Internet, ianya adalah agak sukar untuk mendapat 2 perniagaan Internet yang sama kuat.
Contoh:
- Amazon.com bersaing dengan siapa?
- Dell.com bersaing dengan siapa?
- YouTube.com bersaing dengan siapa?
Oleh kerana Internet merupakan perniagaan tanpa batas, ia menjadi semakin sukar untuk bersaing bersemuka. Ianya sangat sukar untuk 2 jenama dalam kategori yang sama menjadi kuat.
Pengajaran #1: Pastikan jenama perniagaan Internet anda mendapat tempat pertama terlebih dahulu. Ini kerana, di Internet, tiada ruang untuk tempat ke-dua mendapat perhatian (bukan tiada, tetapi amat sukar!), tidak seperti jenama bukan Internet.
Pengajaran #2: Sekiranya anda menjalankan perniagaan bukan Internet, anda masih mempunyai ruang untuk berkongsi tempat yang sama dalam minda pengguna dan menjadi sama kuat dengan perniagaan utama.
Tip penting… ramai yang tidak perasan keadaan ini berlaku 🙂
ps: Workshop Jutawan Internet, Klik untuk maklumat lanjut (hanya 5 tempat kosong sahaja tinggal) Klik di sini untuk video Workshop Jutawan Internet