[hana-code-insert name=’p4promo’ /]
Zaman ini, perkhidmatan yang pantas adalah antara kriteria yang penting untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.
Pernah terfikir mengapa McDonalds, KFC, Burger King dan lain-lain mendapat sambutan hebat ketika ini? Sebab, ianya FAST FOOD. Makanan yang disediakan dengan pantas!
Masyarakat kini inginkan sesuatu dengan pantas. Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang memerlukan penghantaran, hantar dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memulangkan barangan rosak untuk diperbaiki, perbaiki dalam masa beberapa hari sahaja. Apabila anda menerima email pelanggan, balas dalam masa 24 jam. Sekiranya pelanggan memesan sesuatu dari kedai anda, berlari sedikit untuk mendapatkan barang tersebut dari rak!

Pernah tak anda menghantar sesuatu produk yang rosak kepada service center sesuatu perniagaan, dan perlu menunggu sebulan dua atau lebih untuk mendapatkan barangan itu kembali? Dalam keadaan ini, pastinya kita pun rasa lebih baik sahaja membeli yang baru untuk menggantinya bukan?
Terutamanya pada zaman ini di mana pesaingan perniagaan amat tinggi, kepantasan perkhidmatan pelanggan perlu diberi keutamaan untuk menjadi perniagaan pilihan pelanggan.
Penyelidikan pengatakan pelanggan akan beli berulang kali dari perniagaan yang memberi perkhidmatan pelanggan terbaik! Oleh itu, jangan sia-siakan strategi perniagaan yang ini!
Selain dari keuntungan berganda yang anda akan terima, kepantasan juga akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi lebih produktif. Bagaikan serampang dua mata 🙂
* Pemilik perniagaan kini mempunyai pelbagai cabaran seperti pesaingan yang tinggi, pelanggan yang lebih memilih, kos pengiklanan yang semakin mahal, waktu yang semakin suntuk, dan sebagainya.
[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]