[hana-code-insert name=’p4promo’ /]
Apabila anda mempunyai idea perniagaan, sudah tentu anda teruja bertanya pada kenalan, saudara mara atau sesiapa sahaja OK atau TIDAK idea perniagaan anda. Namun, anda perlu tahu juga bahawa, CARA anda bertanya tentang idea perniagaan anda juga akan menentukan jawapan yang anda dapat!
Sekiranya anda ingin mendapat jawapan yang lebih bermanfaat mengenai perniagaan, produk atau idea anda, ubah cara pertanyaan anda!
Sekiranya anda tanya “OK TAK IDEA PERNIAGAAN SAYA NI?”
Sudah pasti, soalan berbentuk meminta “pujian” begitu mengundang jawapan yang positif. Dan memang betul pun, 100% akan menyokong idea tersebut… sebab cara ditanya pun adalah nak meminta jawpan “OK”

PENGUMUMAN: Sertai Program 6-bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Untuk maklumat lanjut, klik di sini sebelum tempat penuh.
Selalunya bila kita tanyakan pendapat tentang produk atau idea kita, kita akan tanya:
- Ok tak idea saya ni?
- Bagus tak idea ni?
- Best tak produk saya?
- Hebat tak proposal saya ni?
- Betul tak cara saya ni?
- Cun tak idea ni? Cun kan?
Kesemua soalan sebegitu pastinya akan mendapat jawapan yang positif!
Sekiranya anda ingin jawapan yang lebih manfaat, tanya seperti ini:
- Apa yang saya boleh perbaiki dalam idea ini?
- Di mana silapnya idea saya ni?
- Apa yang tak bagusnya dengan produk saya ni?
- Bagaimana hendak perhebatkan lagi proposal saya ni?
- Apa yang salahnya dengan cara ni?
Dengan bertanyakan soalan sebegini, meminta “kritikan” sudah tentu anda mendapat jawapan yang lebih bermanfaat dan yang lebih jujur dan anda boleh memperbaiki produk atau idea perniagaan anda.
Lain kali ingat, untuk mendapat jawapan yang lebih baik, kaedah soalan anda perlu di tanya seperti meminta kritikan, dan bukan pujian 🙂
PS: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dan mungkin belum mendapat idea perniagaan terbaik untuk anda, sertai saya di Program 6 bulan Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Di mana saya, serta pelatih-pelatih bertauliah saya akan membantu merelisasikan matlamat anda untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah. Kalau tiada idea, jangan risau, kami akan membantu anda dalam mencari idea yang terbaik sehingga idea tersebut menjadi perniagaan online!
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenEdu.com.my atau hubungi Cik Jay di 03-77292277