Sejak saya di university lagi saya ingin memberi inspirasi dan motivasi kepada masyarakat Malaysia.
Alhamdulillah, semakin hari, semakin diterima berbagai pihak termasuk media massa. Kali ini pula saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa episode program motivasi “Get Set Go” RTM2. Get Set Go ni ala-ala Motivasi Pagi TV3. Cuma program motivasi ini adalah berbahasa Inggeris.

Antara personaliti yang pernah mengendalikan program termasuk Ashraf Sinclair (motivasi imej), Kevin Zahari (motivasi jasmani/fitness), Dr. Sher AF2 (motivasi psikologi) dan kawan saya Azizi Ali (motivasi kewangan) dan ramai lagi. Saya diberi kepercayaan sebagai motivasi perniagaan & kejayaan.

Melalui media, saya dapat mencapai lebih ramai lagi masyarakat kita dengan satu mesej- kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Tidak kira peringkat umur. Kejayaan adalah milik semua yang mengejarnya 🙂
Terima kasih kepada pihak2 yang sering memberi kepercayaan kepada saya. Sejak tahun lepas banyak juga peluang saya di media massa termasuk…
- Warta Perdana RTM1 “Ruang Bisnes”
- Channel 8 News “Towering Malaysians”
- Malaysia Hari Ini TV3 sebagai tetamu
- Selamat Pagi Malaysia RTM1 sebagai tetamu
- Menjana Impian TV9 sebagai mentor
- Get Set Go sebagai pengacara
- Usik-usik Chef Wan TV9 sebagai tetamu
- Hello On Two TV2 sebagai tetamu
… dan kini masih lagi menjalankan pengambaran Nescafe Kick-Start Musim ke-3 sebagai judge. (ada beberapa lagi rancangan yang saya tidak ingat!)

Sekiranya anda ingin tahu cara mendapat liputan media masa seperti TV, Radio, Surat khabar & majalah, di Workshop Jutawan Internet saya akan mendedahkannya!