Hari pertama: Memilih produk untuk dijual

minggu71.gifSambungan dari posting “Minggu Memulakan Perniagaan Internet”… langkah pertama adalah untuk mendapatkan produk.

Antara langkah yang paling penting adalah langkah memilih produk. Teramat penting oleh kerana produk yang salah atau tidak mempunyai permintaan hanya akan merugikan anda.

Ada berbagai-bagai cara untuk memilih produk yang mempunyai permintaan, tetapi, favourite saya adalah dengan cara tradisional yang simple- bertanya!

Dengan “bertanya” kepada target market kita, kita akan tahu apa yang diperlukan. Melalui pertanyaan, maka, jawapan yang saya dapat adalah, masalah utama yang sering timbul oleh usahawan Internet adalah – PROMOSI!

Oleh itu, cabaran saya pada minggu ini adalah untuk mencipta produk yang dapat membantu PROMOSI sesebuah laman web 🙂

Walaupun kaedah “bertanya” tidak glamour dan tidak canggih, namun bertanya bagi saya adalah cara terbaik mengetahui sesuatu masalah oleh kerana ia memaksa pihak yang ditanya untuk fikir secara kritikal dalam memberi jawapan secara spontan.

Mungkin anda boleh bertanya target market anda tentang masalah yang ada dalam industri anda untuk anda ciptakan penyelesaian.

Kini saya sudah mendapat idea produk. Langkah seterusnya kita sambung hari Isnin. Selamat bercuti!

ps: Cabaran 7 hari tidak termasuk hari minggu ok 🙂 kita kira 7 hari bekerja…