Meletakkan harga adalah topik yang jarang di sentuh. Jadi, kali ini, satu lagi tip mengenai meletakkan harga.
Untuk anda mendapatkan gambaran mengenai harga, berikut adalah cara mark-up yang biasa dilakukan dalam sesebuah perniagaan.
Pengilang mark-up harganya pada 15% daripada kos
Pemborong mark-up harganya 20% daripada kos
Penjual mark-up harganya 40% daripada kos
Penjual meletakkan mark-up 40% oleh kerana mereka adalah yang paling hampir dengan pembeli dan memerlukan perkhidmatan yang lebih untuk memenangi pembeli.
ps: Nota di atas khas untuk barangan melalui pengilang, namun, mark-up bergantung kepada produk juga.