Sebabkan post lepas berbunyi sedikit negatif, hari ini saya nak “balance”kan dengan posting positif pula.
Hari ini saya berada di Brunei, baru tiba semalam. Alhamdullah, kini saya mendapat kepercayaan kerajaan & semi kerajaan Brunei untuk membuat talk motivasi bertajuk “Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri”. Pertama kali saya dijemput ke Brunei di bayar oleh kerajaan Brunei- banyak juga mereka bayar. Maklumlah, negara kaya raya 🙂
Seronok first time buat talk di sini dan mereka amat appreciate profesional speakers sehingga flight pun sponsor business class, hotel pun 5 star. Terasa macam selebriti barat pula 😉
Tip hari ini saya nak berikan khas kepada mereka yang ingin menjadi motivators/professional speakers sebagai kerjaya seperti saya, Bro Kamal Affendi, Dr Tengku Asmadi (dari posting lepas). Tak kiralah, motivator/speaker bidang apa. Untuk berjaya sebagai speaker, pegang kepada 3 tip berikut:
- Fokus pada satu bidang sahaja, terutamanya bidang yang anda minat dan mempunyai pengalaman. Sebagai contoh, topik talk saya berkisar KEJAYAAN & JUTAWAN- ini menjadikan anda “pakar” dalam satu bidang!
- Gunakan style anda tersendiri- Be Original! tidak perlu terikut-ikut cara pakar motivasi/speaker lain. Sebagai contoh, gaya saya agak santai & bersahaja, cara pakaian ada sikit “rock” & tak formal, dan cara penjelasan menggunakan pengalaman sendiri- ini menjadikan anda unik!
- Pastikan anda boleh “connect” dengan audience. Caranya adalah, jangan cuba muatkan terlalu banyak point dalam waktu yang singkat. Ini akan menghilangkan connection orang ramai dengan anda. Speaker-speaker baru sering melakukan kesilapan ingin menyampaikan banyak informasi dalam waktu yang singkat. Sebagai professional speaker, LESS IS MORE!
Dengar-dengar cerita hari ni 1,500 rakyat Brunei akan dengar talk saya. Selamat menjadi profesional speaker & semoga lebih maju industri motivator & profesional speaker Malaysia! 🙂
Bagi anda, apa yang anda ingin lihat pada seorang motivator / professional speaker?