Internet untuk menambahkan prospek perkhidmatan anda

Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen
hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya…), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet.

Maka, apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah “produk” anda.

Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.

Salah satu contoh menjana prospek adalah melalui BLOG seperti blog ini. Blog ini boleh menarik dalam lebih daripada 1,000 pelawat setiap hari. Ini bermaksud, lebih 1,000 prospek setiap hari. Untuk berjumpa lebih 1,000 individu secara peribadi sebagai prospek setiap hari adalah agak mustahil. Tetapi, dengan kebolehan Internet, ia menjadi realiti.

Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalam bidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilangan prospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda. Terutamanya dalam keadaan ekonomi menurun ini, mereka yang menjalankan perkhidmatan perlu mendapatkan alternatif lain untuk menambahkan pelanggan.

ps:  Sertai Workshop Jutawan Internet untuk mempelajari setiap detail bagaimana menggunakan Internet untuk perluaskan pasaran bidang perkhidmatan, klik di sini untuk maklumat lanjut.