Hari ini saya nak kasi tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa… atau… tak pandai menulis 🙂
Ebook short cut!
Bagaimana caranya?
Langkah 1:
Pilih satu subject mengikut kepakaran anda… atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat
Langkah 2:
Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.
Langkah 3:
Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!
Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:
- 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
- Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
- 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
Yes, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.
Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.
Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya… perlu bayar ke mereka yang anda interview tu? Perlu bayar royalti ke pada mereka?
Jawapan: Biasanya tidak perlu. memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan 🙂
pps: Ebook Mentor Jutawan yang saya gunakan kaedah “Ebook Shortcut” hari ini, pada bulan pertama sahaja memperolehi jualan >RM30k. Not bad untuk sebuah ebook yang saya tak perlu tulis! 🙂