Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah semestinya akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. Ingin menjadi jutawan? Maka, didepan anda akan ada SEJUTA rintangan! Betul… saya telah melaluinya 😉 Anggap usaha anda dalam mencapai… Continue reading AWAS! Rintangan di hadapan anda
Category: Tip Motivasi
Tetapkan deadline matlamat anda
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun? Kebanyakan orang tidak menetapkan deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan… Continue reading Tetapkan deadline matlamat anda
Cerminkan diri sendiri
Bukan untuk check diri anda hensem atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun-cun belaka! 🙂 Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda. Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana… Continue reading Cerminkan diri sendiri
Tulis… jangan tak tulis!
Sejak saya menulis di ruang motivasi majalah MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya. Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut… Continue reading Tulis… jangan tak tulis!
Matlamat yang realistik
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik! Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi… Continue reading Matlamat yang realistik
Yakin dengan diri sendiri!
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda… Continue reading Yakin dengan diri sendiri!
Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…
Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi? Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain… Continue reading Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…
Tangga kejayaan… tangga yang betul?
Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?” Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah. Di sini lah terjadinya keadaan… Continue reading Tangga kejayaan… tangga yang betul?
Ubahkan Diri Anda
Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pelu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu. Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk… Continue reading Ubahkan Diri Anda
Berikan 110% Komitmen
Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa. Sebarang… Continue reading Berikan 110% Komitmen