Matlamat seorang jutawan

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang. Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda… Continue reading Matlamat seorang jutawan

Jangan sombong dalam bertanya!

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya! Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda… Continue reading Jangan sombong dalam bertanya!

Mencapai kejayaan pada usia muda

Semua comment semalam amat tepat sekali! Faktor ilmu, pengalaman, contacts, memang memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan. Tetapi, jangan lupa, dalam masa 2-3 tahun pun anda boleh melipatkali gandakan ilmu, pengalaman dan contacts. Tidak perlu tunggu 20-30 tahun. Sebenarnya cepat atau lambat mencapai kejayaan itu memang tiada kena mengena dengan umur. Tetapi, bergantung kepada bila… Continue reading Mencapai kejayaan pada usia muda

Dapatkan pulangan yang tertinggi

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas  sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana,… Continue reading Dapatkan pulangan yang tertinggi

Jangan takut dengan WANG!

Masyarakat kita sering mempunyai tanggapan negatif terhadap wang. Semasa kecil, kita sering dengar “Duit banyak pun, bukannya boleh bawa ke kubur”. Atau peribahasa mat salleh “Money is the root of all evil” & “Money cannot buy everything”. Cerita-cerita di TV juga sering menonjolkan mereka yang kaya adalah orang jahat, mungkin menjalankan aktiviti jenayah (seperti Lex… Continue reading Jangan takut dengan WANG!

Kongsikan ilmu dan anda akan mendapat ilmu

Ramai yang bertanyakan kepada saya, saya memberi tip-tip perniagaan dan kejayaan setiap hari, “Tidak takutkah sehingga kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia-rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang akan tiru cara anda dan bersaing dengan anda!” Jawapannya adalah, ilmu perniagaan dan kejayaan tidak akan… Continue reading Kongsikan ilmu dan anda akan mendapat ilmu

The blind leading the blind

Berhati-hati dengan nasihat yang anda terima oleh kerana tidak semua nasihat yang ada diluar sana adalah baik! Periksa realiti- 95% masyarakat disekeliling kita tidak berjaya mencapai kebebasan kewangan. “Nasihat” juga adalah amat murah oleh kerana sesiapa sahaja boleh memberi nasihat. Apa akan jadi sekiranya 95% nasihat yang ada disekeliling anda adalah nasihat yang salah? Di… Continue reading The blind leading the blind

Kebahagiaan vs Kesengsaraan

Pakar psikologi mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu kerana dua perkara sahaja iaitu untuk mendapatkan kebahagiaan atau megelakkan kesengsaran. Antara dua itu pula, secara psikologi mengelakkan kesengsaraan memberi lebih motivasi untuk melakukan sesuatu. Dengan pengetahuan ini, anda mempunyai satu teknik motivasi yang hebat. Iaitu, fikirkan kesengsaraan atau kesusahan yang di alami oleh mereka yang hidup dikelilingi… Continue reading Kebahagiaan vs Kesengsaraan

Di mana nilai diri anda tertinggi?

Apakah tugas yang anda dapat lakukan yang memberi nilai paling tinggi pada diri anda sendiri atau syarikat anda. Anda akan mendapati terdapat 20% dari tugas anda yang akan memberi 80% kepada nilai/pulangan yang anda lakukan. Tentukan apakah tugasan 20% teratas tersebut dan fokuskan segala usaha anda dan beri lebih masa untuk melakukan tugasan tersebut. Kemudian,… Continue reading Di mana nilai diri anda tertinggi?

Back to the Future

Ingat tak pada filem popular tahun 80-an bertajuk Back to the Future oleh Steven Spielberg dan dilakonkan oleh Michael J Fox? Tip kali ini bukan mengenai wayang gambar tersebut, tetapi, konsepnya dalam pembangunan diri. Satu konsep yang sering digunakan oleh orang berjaya digelar “Back to the Future thinking” Konsep ini bermaksud untuk anda bayangkan diri… Continue reading Back to the Future