Malam tadi saya berbuka puasa di Sri Pentas (Stesen untuk TV3, Channel 8 & TV9) sempena episod akhir siri realiti “Menjana Impian” TV9. Terdapat sesi akhir bersama kesemua peserta (di lakukan behind the scene dan tidak akan disiarkan) kiranya last words untuk motivasikan peserta bersama Saudara Nizal & saya sendiri. Tip hari ini, bukan daripada… Continue reading Sederhana tidak mencukupi!
Category: Tip Motivasi
Perancangan 2006/07 Irfan Khairi
Selamat bercuti! Biasanya hari Ahad, tidak ramai yang mengunjung Tip Satu Minit (tidak seperti hari kerja). Hari ini saya ingin berkongsi salah satu perancangan saya dengan anda… rugi lah siapa tak masuk 🙂 Kini saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk mewujudkan sebuah institusi berkaitan dengan e-dagang. Tujuannya untuk melahirkan lebih ramai pakar perniagaan Internet… Continue reading Perancangan 2006/07 Irfan Khairi
Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?
Adakah anda sering dikritik tentang “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan? Ada masanya, tiada pengalaman adalah baik untuk anda. Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha. Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda oleh kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan lebih cenderung… Continue reading Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?
Menjana Impian… matlamat jangka pendek
Cuba bayangkan, apakah impian anda yang paling BESAR, yang anda PASTI anda akan mencapainya dan PASTI tidak akan gagal? Bagi tahun ini (tinggal 3 bulan sahaja)? Bagi 6 bulan lagi? Bagi 12 bulan yang akan datang? Untuk hari ini, tanyakan persoalan itu di dalam kepala anda berkali kali. Ketika berehat, ketika break, ketika beratur di… Continue reading Menjana Impian… matlamat jangka pendek
Tahu akan berjaya tetapi tidak tahu cara…
Penyelidikan keatas orang-orang yang berjaya mendapati ramai antara mereka yang sudah berjaya, pada asalnya TAHU dan YAKIN bahawa mereka akan berjaya dalam hidup sejak awal lagi. Tetapi, mereka TIDAK TAHU apakah cara mereka untuk mencapai kejayaan. Mereka telah nampak the big picture dari awal lagi. Emosi yang membakar untuk berjaya itulah yang akan mencari peluang-peluang… Continue reading Tahu akan berjaya tetapi tidak tahu cara…
Fikir BESAR walaupun anda KECIL….
[hana-code-insert name=’p4promo’ /] Beri peluang kepada diri anda untuk “think big”. Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big. Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana anda boleh membina kedai-kedai tambahan… Continue reading Fikir BESAR walaupun anda KECIL….
Bagaimana Nicole David lakukannya?
Salah satu ahli sukan kegemaran saya adalah Ratu Squash kita, Nicole David. Semalam beliau memenangi British Open dan menguatkan lagi kedudukannya sebagai pemain squash wanita #1 dunia! Wow, satu kebanggaan Malaysia dan menjadi inspirasi bahawa rakyat Malaysia juga boleh bersaing dan menjadi #1 di mata dunia. Malam tadi, selepas kemenangannya, wartawan bertanyakan apakah rahsia kejayaannya?… Continue reading Bagaimana Nicole David lakukannya?
Matlamat tidak kesampaian…
Pernahkah anda menetapkan matlamat tetapi matlamat anda tidak tercapai? Di sini ada satu tip… There is no such thing as unrealistic goals. There’s only unrealistic deadlines! (Tidak terdapat matlamat yang tidak realistik. Cuma terdapat tempoh mencapai matlamat tersebut yang tidak realistik) Kebiasaannya, matlamat tidak dapat dicapai oleh kerana deadline atau tempoh masa matlamat tersebut tidak… Continue reading Matlamat tidak kesampaian…
Tak pandai “speaking”
Tak pandai speaking… semua orang pandai speaking, sebab speaking maksudnya bercakap 🙂 Tapi yang selalunya yang dimaksudkan adalah, tak pandai berbahasa Inggeris… tak pandai speaking la tu. Dua hari lepas ketika saya di rancangan HOT Hello On Two, ada pemanggil (namanya Audrey) membuat panggilan ke studio ketika live on air dan memuji bahasa Inggeris saya.… Continue reading Tak pandai “speaking”
Baca… jangan tak baca
Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers! Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya… Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta) 🙂 Sekiranya anda… Continue reading Baca… jangan tak baca