Tidak pakar, tak mengapa!

Sabtu lepas di Nescafe-KickStart, TV3 saya ada memberi komen kepada salah seorang peserta “… If you’re not an expert, you shouldn’t even try” Merujuk kepada tip hari ini. Sekiranya anda bukan seorang pakar, jangan mengaku pakar. Tidak salah sekiranya anda tidak mengaku pakar dalam sesuatu bidang sekiranya kepakaran anda bukan dalam bidang tersebut. Sekiranya ada yang… Continue reading Tidak pakar, tak mengapa!

Rakaman album di KRU Music Group

Semalam saya menjalankan rakaman album sulung di studio KRU. Ada yang tanya, bagaimana saya boleh lakukan banyak kerja serentak- dengan perniagaan internet, mengendalikan seminar, jemputan berceramah, masuk tv, menulis (buku/artikel/blog) dan sebagainya, dan kini, rakaman album pula. Jawapannya, MOMENTUM! Selagi kita sedang ada momentum, lakukan apa yang termampu. Segala kerja berat akan menjadi semakin mudah apabila kita… Continue reading Rakaman album di KRU Music Group

Passion, Skill & Hardwork – simple!

Semalam saya ditemuramah oleh Saudara Ahmad Fadzli Yusuf untuk buku terbarunya akan datang. Ahmad Fadzli adalah penulis buku “55 Petua Orang Berjaya” bersama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Soalan dalam temuramahnya untuk saya adalah, sekiranya ada 3 elemen dalam menentukan kejayaan saya, apakahnya? Susah juga hendak difikirkan oleh kerana perlu beri 3 sahaja… sedangkan, memang banyak… Continue reading Passion, Skill & Hardwork – simple!

Katakan tidak (setuju)

Satu lagi tip dari Dato’ Ghazali daripada nota 3 muka surat saya :)… Agree to disagree! Iaitu, sekiranya anda tidak setuju dengan sesuatu, katakan dan jangan simpan. Masyarakat Malaysia seringkali sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, disimpan dalam hati. Ianya hanya akan memakan diri sendiri, dan melemahkan keyakinan diri sendiri. Dato’ Ghazali menceritakan pengalamannya menyuarakan rasa… Continue reading Katakan tidak (setuju)

Jutawan banyak membaca!

Salah satu kunci jutawan adalah menimba ilmu. Salah satu caranya adalah dengan membaca. Berapa banyak buku perlu di baca?  Ketika Workshop Jutawan Internet saya menceritakan kunci-kunci jutawan dan salah satunya adalah membaca. Peserta mungkin ingat saya menyebut berapa banyak buku yang pernah saya baca bukan? Basically, berapa buku yang terdapat di perpustakaan di rumah… Irfan… Continue reading Jutawan banyak membaca!

Teknik mendampingi mereka yang hebat!

Ramai yang tertarik dengan topik semalam, jadi saya lanjutkan lagi hari ini. Ada yang bertanya, bagaimana hendak mendampingi mereka yang hebat? Perlu jadi hebat juga kemudian baru boleh dampingi mereka yang hebat? Tidak sama sekali… Beberapa hari lepas saya berpeluang bersama ahli perniagaan & multi-millionaire, Dato’ Ghazali. Sememangnya, Dato’ Ghazali lebih hebat dari saya sebagai… Continue reading Teknik mendampingi mereka yang hebat!

Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…

Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat, anda juga akan menjadi hebat. Sekiranya anda merasakan diri anda tidak maju, mungkin juga ia kerana bulatan kenalan yang anda sering sertai tidak membawa anda kehadapan. Dalam erti kata lain, kenalan yang anda sering bersama, tidak mempunyai visi dan matlamat seperti anda. Oleh itu, anda sendiri tidak dapat… Continue reading Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…

“Trigger” kepada motivasi diri

Salah satu cara motivasikan diri anda adalah dengan anda mengingat kembali detik-detik yang bermakna atau pencapaian anda sebelum ini. Mungkin dulu anda pernah memenangi pertandingan melukis? Mungkin dulu anda pernah memenangi marathon? Mungkin anda pernah berjumpa dengan idola anda? Mungkin anda pernah menonoton filem yang mengerakkan semangat anda? Mungkin anda pernah pergi mengembara? Membantu mereka… Continue reading “Trigger” kepada motivasi diri

Bertanya tidak kira pada siapa

Beberapa hari lalu saya menjalani pengambaran sebagai pengacara/motivator untuk program motivasi di TV. Lokasi di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur. Kali ini, production house yang terlibat adalah Wayang Tinggi Productions. Di set, apa yang menguja saya adalah saya dapat pelajari berbagai-bagai benda baru. Daripada kamera, bunyi, lampu, dan segalanya yang teknikal dalam production. Bukan itu sahaja,… Continue reading Bertanya tidak kira pada siapa

Irfan Khairi berjumpa Cicak-man (Yusry KRU)

Semalam first time berjumpa Yusry KRU, selebriti yang tidak asing lagi. Makan malam bersama beberapa associate. Congratulations to Yusry oleh kerana jualan Cicak-Man melebihi RM5 juta!  Sejak dulu lagi saya agak minat dengan KRU bukan sebab peminat fanatik, tetapi oleh kerana usaha mereka & passion mereka. Juga, mentaliti mereka sebagai usahawan yang berjaya. Mereka sangat kreatif… Continue reading Irfan Khairi berjumpa Cicak-man (Yusry KRU)