Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!
Soalan kali ini merangkumi:
- Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
- Menjadikan taska sebagai perniagaan
- Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
- Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan
Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan 🙂
Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) – juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah 🙂
Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…
Contoh soalan yang kurang baik:
Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?
Contoh soalan yang baik:
Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)