Sekiranya anda menjalankan perniagaan (tak kira perniagaan Internet atau bukan Internet), berapa peratuskah keuntungan anda dilabur balik untuk promosi perniagaan?
- 10%?
- 20%?
- 30%?
Menurut J Conrad Levinson, pakar perniagaan ‘Guerrilla’, sebaiknya anda melabur 20% keuntungan perniagaan anda kembali kepada promosi. Kalau untung RM5,000 terus laburkan RM1,000 untuk tujuan promosi mengembangkan perniagaan.
Anda bagaimana?