Berhati-hati di jalan raya…

realitylogo.gifBaru je 2 posting lepas saya tulis “Reality”. Kalau ikutkan, seminggu sekali saya menulis… tapi, nak dijadikan cerita tergerak pula untuk menulis Reality untuk posting kali ini kerana ada sedikit sinambungan daripada “Reality” lepas…

Pada malam Isnin 11.00 mlm, saya sepatutnya ada perjumpaan dengan Nizal Mohammad & Nahar, pemilik bersama production house kami. Yup, kami selalu berjumpa mlm sebab masing2 sibuk siang hari…

Sambil2 tunggu waktu berjumpa, pukul 10.30pm, saya mendapat panggilan dari abg Nizal saya.

“Irfan… abg Nizal accident!”

Terkejut jugalah dibuatnya. Nizal on the way ke lokasi perjumpaan kami, dan kemalangan berlaku antara kereta Nizal dan sebuah teksi. So, kelam kabutnya saya ke tempat kejadian yang tak berapa jauh…

Ketika itu hari hujan… so, jalan licin and tu yang terjadinya kemalangan.

Ini gambar teksi yang terlibat dalam kemalangan. Sekali pandang, memang naik bulu roma dibuatnya… sebab itu yang saya nampak dulu di kawasan kemalangan…

 

nizalx1.jpg

 

Ini pula kereta Nizal Mohammad. Kereta jenis Rover, so, kuat sikit lah… tapi tu pun, remuk di hadapan bahagian driver. Windshield dibahagian depan juga retak- nasib baik tak berkecai.

 

nizalx2.jpg

 

Also, ketika kemalangan, airbag pun deploy untuk mengurangkan kecederaan…

Alhamdulillah, Nizal Mohammad tidak cedera… cuma seliuh-seliuh kat tangan sahaja. Pemandu teksi pun OK… cuma, penumpang teksi terpaksa dilarikan ke hospital oleh kerana cedera di kepala.

Kalau tengok tempat kemalangan, dan keadaan jalan dan cuaca, memang perkara lebih teruk boleh terjadi…

That was a close one! saya kata bila jumpa Nizal di situ…

So, itulah sedikit peristiwa “suspense” berlaku kepada saya pada malam Isnin. Nasihat saya kepada anda dan juga diri saya sendiri…

berhati-hati di jalan raya. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

===================

Nizal Mohammad (bekas pengacara Jejak Rasul & MHI) adalah mentor saya dalam bidang komunikasi.