Minda anda seperti komputer

Beberapa minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang pakar motivasi yang saya hormati, Dr HM Tuah– first time berjumpa secara tidak sengaja oleh kerana beliau ditemuramah sebelum segmen saya di Wanita & Wang Astro Awani.

Soalan first saya kepada Dr Tuah adalah, bagaimana beliau cari masa untuk menulis berpuluh-puluh buah buku (sehingga 5 buku setahun) di samping menulis lebih 20 artikel setiap bulan untuk majalah?

Rahsianya adalah, beliau menggunakan kuasa mindanya. Beliau gambarkan seperti mindanya adalah folder-folder dalam PC. Ketika sedang melakukan satu kerja, secara sub-concious (bawah sedar), folder yang lain juga turut dibuka dan memproseskan kerja-kerja lain.

Cara melatih minda untuk berfungsi sebegini memang rumit untuk jadi master. Sedikit sebanyak, saya juga sering menggunakan teknik ini.

Sekiranya anda ingin cuba adalah, fikirkan 6-7 kerja yang anda ingin siapkan esok sejurus sebelum tidur. Ulangkan kerja-kerja tersebut dalam kepala anda, dan apabila bangun tidur esok hari, sambung apa yang dimainkan dalam kepala sebelum mulakan hari anda.

Secara bawah sedar, kerja-kerja tersebut akan diproseskan dalam minda anda. Pada mulanya, ia agak sukar, tetapi, with practice, anda juga dapat melakukannya.

ps: Ramai jutawan menguasai teknik sub-concious ini untuk menyiapkan lebih banyak kerja dalam waktu yang sangat singkat!