Esok ada satu pengumuman yang agak menarik! Salah satu matlamat *BESAR* saya tercapai lagi untuk tahun ini. Yea!! 🙂 Nampak gayanya, bertambah la ucapan tahniah 😉

Kali ini, tidak 100% seperti yang saya bayangkan, tetapi, ia amat memadai! Cuma, untuk menjayakan matlamat saya ini, saya memerlukan sedikit “re-branding”.
Tip hari ini…
Dalam perniagaan, “re-branding” bermaksud menukarkan cara pendekatan sesuatu perniagaan melalui jenama. Contoh re-branding baru-baru ini mungkin anda perasan adalah re-branding Bank Islam.

Ada banyak tujuan re-branding, tetapi, secara rata, ia adalah untuk memberi tanggapan baru, imej baru untuk keadaan semasa yang berubah.
Esok saya akan umumkan matlamat BESAR saya yang tercapai dan juga sedikit re-branding untuk diri saya sendiri sempena matlamat tersebut.
To make it interesting, saya nak beri hadiah kepada siapa boleh teka MATLAMAT BESAR saya yang tercapai ini. Apa pula pencapaian saya kali ini? Sedikit preview:

Clue: Gabungan 2 pencapaian saya sejak 2 bulan lepas! banyak kali juga saya pernah hint berkenaan ini 😉
ps: Jawapan pertama yang tepat sahaja dapat hadiah! hadiah memang menarik… tidak pernah diberikan lagi!