
Kepada mereka yang beli Berita Harian Sabtu lepas, mungkin terbaca artikel 2 mukasurat mengenai saya di bawah “Sembang Sabtu” di tulis oleh wartawan Azrul dari Berita Harian.
Tu dia… Jutawan Internet Lemah Angka lagi tu 🙂 artikel kali ini berbeza sedikit sedikit daripada artikel mengenai saya sebelum-sebelum ini sebab kali ini lebih kepada peribadi dan zaman-zaman sekolah dulu.
Jadi, bagi yang baca, tahulah apa kerja saya masa muda-muda dulu. Bagi yang tak baca… haaa… secret!
Terima kasih kepada media atas kesudian temuramah untuk sembang sabtu. Selalu, tokoh-tokoh yang veteran seperti ahli politik, ahli sukan & penghibur yang dah lama bertapak sahaja dalam kolum Sembang Sabtu. Kali ini, saya pula ditemuramah sebagai tokoh perniagaan Internet pula.
A very good artikel kalau nak tahu perkara2 yang tidak didedahkan sebelum ini 😉
ps: Terima kasih & all the best kepada peserta Workshop Jutawan Internet semalam. Mudah-mudahan bertambah ramai usahawan Internet di Malaysia 🙂