Anda kenalkan anak patung Barbie doll? (dah sebut “patung”, sebut “doll” lagi tu :))
Tahukah anda Barbie telah berada di pasaran sejak 40 tahun yang lalu? (lagi tua dari saya Barbie ni) Rahsia kejayaan Barbie doll, adalah untuk sentiasa up to date & trendy. Barbie tetap sama, tetapi fashion berubah-ubah untuk mengikut zaman.
Strategi perniagaan Barbie boleh digunakan untuk sebarang perniagaan- iaitu mengikut trend semasa dan berubah mengikut zaman. Perniagaan anda mungkin sama, tetapi pendekatan yang diambil diubah mengikut zaman. 🙂