[hana-code-insert name=’p4promo’ /]
Sesetengah orang kita lihat bagai amat mudah jalan hidup mereka. Untuk mencapai kejayaan seperti tidak perlu banyak usaha. Untuk mendapat kekayaan, mungkin sudah ada datang dalam keluarga yang berada. Harta benda pula cukup lengkap segala-galanya.
Tetapi, bila tiba diri kita sendiri, untuk mencapai kejayaan, kekayaan harta dan benda, amat-amat perit dan susahnya untuk dicapai. Segala usaha telah ditaburkan, segala susah senang dilalui bersama keluarga, tidak lupa doa dan ikhtiar yang diberi, namun, kegagalan-demi-kegagalan datang tiba.

Ada yang kegagalan kecil. Ada juga terjumpa kegagalan yang besar yang membuatkan diri terududuk membisu. Minda menjadi buntu tidak tahu arah kemana hendak ditujukan. Terasa berat kepala memikirkan apa yang perlu dilakukan, tambah-tambah dilihat umpama semua cara telah dicuba dan diusahakan. Mengapa orang lain mudah untuk berjaya, mengapa bagi aku susah?
Ketika inilah tiba masanya kepala mula memikirkan satu pilihan yang sebelum ini kita tahan untuk fikirkan. Hati mula terasa untuk mengambil pilihan untuk putus asa.
Apa lagi pilihan yang ada? Segala ikhtiar telah dilakukan, semua jalan menghadapi kesukaran. Semua cara tidak mengena.
Sebenarnya, ini sering terjadi pada ramai antara kita. Detik perlu memikirkan untuk putus asa ataupun tidak.
Ramai antaranya akan memilih jalan yang paling mudah. Menerima kegagalan dan berputus asa. Mana taknya, berbagai-bagai yang telah dikorbankan, mungkin wang, mungkin usaha dan tenaga, tak lupa juga waktu. Apabila berputus asa, semuanya akan hilang.
Tidak ramai pula yang akan memilih jalan yang sukar, iaitu terus berusaha sedaya upaya, ikhtiar dan bertawakal tetap mencari-cari juga jalan penyelesaian untuk mencapai sesuatu itu. Tidak ramai yang mampu atau cukup kuat untuk meneruskan perjalanan.
Beza mereka yang berjaya dan mereka yang gagal terletak di sini.
Rata-rata di dunia, mereka yang berjaya tidak ramai. Mereka yang menerima kegagalan dan berputus asa memang ramai kerana ia jalan yang mudah. Tidak dinafikan, untuk terus berusaha, sememangnya sukar. Dan yang sukar itulah membuatkan ramai tidak memilihnya.
Dalam perjalanan mencapai kejayaan, pastinya kita akan bersemuka dengan keadaan dimana kita pula perlu membuat pilihan ini. Sama ada terus berusaha, ataupun berputus asa…
Pilihlah untuk terus berusaha.
*Sekiranya anda terjumpa jalan buntu dalam perniagaan, dan ingin terus berusaha tanpa putus asa, lawati http://www.OpenEdu.com.my untuk melihat bagaimana kami boleh membantu perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.