Pengambaran VCD/DVD “OK, Let’s Talk!”

Hari ni saya menjalankan shooting satu product VCD/DVD bersama Nizal Mohammad. Product tersebut bertajuk “OK, Let’s Talk”. Tak dapat pula post gambar hari ini sebab tak bawa camera! šŸ™‚

Shooting went well. Ini merupakan produk pertama daripada brother Nizal kita; satu ala-ala talk show Nizal bersama saya mengenai Komunikasi & Wang. Agak sukar bagi saya to keep up sebab Nizal sudah profesional bab-bab talk show ni!

Produk tersebut akan di jualĀ dan jugaĀ diberi percuma kepada peserta NizalTalk! apabila siap nanti.

Tip hari ini (tip cuti Tahun baru Cina), adalah untuk andaĀ ciptakan produk sendiri! Dengan mencipta produk sendiri, ia akan menjana passive/residual income kepada diri anda. Dalam erti kata lain, kerja satu kali, income akan anda terima sampai bila-bila (selagi produk dijual).

Lebih banyak punca passive income anda, lebih banyak pendapatan anda di masa hadapan!

Seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mempunyai banyak produk di pasaranĀ di bawah nama beliau dari buku sehingga kaset/cd/vcd motivasi,Ā sekiranya lebihĀ dari 30 produk kesemuanya, dan setiap satu menjana sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan, pendapatanĀ passive/residual di situ sahaja sudah RM30,000 setiap bulan (“contoh je ni… CONTOH!” – bak kata Dato’ :))

Seperti buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Ebook 101 Cara Promosi, kesemuanya menjadi aliran passive/residual income kepada saya buat tahun-tahun yang akan datang!