Irfan Khairi berjumpa Cicak-man (Yusry KRU)

ikyus.jpgSemalam first time berjumpa Yusry KRU, selebriti yang tidak asing lagi. Makan malam bersama beberapa associate. Congratulations to Yusry oleh kerana jualan Cicak-Man melebihi RM5 juta! 

Sejak dulu lagi saya agak minat dengan KRU bukan sebab peminat fanatik, tetapi oleh kerana usaha mereka & passion mereka. Juga, mentaliti mereka sebagai usahawan yang berjaya. Mereka sangat kreatif & inovatif.

Berpeluang berjumpa Yusry, macam2 juga bercerita. Very down-to-earth. Saya pukul 1 pagi baru sampai rumah! Apa yang dibincangkan… haa… kena “biarlah rahsia” lagi.

Dengan Cicak-Man, Yusry telah set a new standard untuk perfileman Malaysia. Terutama dalam bidang graphics & animation. Perkataan yang saya gunakan adalah “Raise the bar” untuk industri perfileman. Tahniah kepada Yusry for a job well done.

grpy.jpgBagi saya, matlamat saya juga adalah sama seperti Yusry. Untuk “raise the bar” kepada usahawan-usahawan Internet Malaysia. Selama ini perniagaan Internet selalu di kaitkan dengan small-scale. And ramai bila sebut perniagaan Internet, tak ramai yang beri kepercayaan.

Harapnya, anda juga mempunyai semangat dan kekuatan untuk “Raise the Bar” industri anda tersendiri! Think BIG & nothing is impossible 🙂