Siapa sudah tengok filem Nana Tanjung? Kalau pernah… haa… nampak tak saya berlakon? Rugilah siapa tak nampak. Tapi tak mengapa, ni beberapa screen shot dari filem Nana Tanjung…



O.k. tak lakonan saya? Eh… saya bukan yang pakai baju merah tu (atau yang berbaju hijau!). Saya “berlakon” dalam majalah tu sahaja, cuba tengok betul-betul 🙂
Macam mana la muka saya boleh tersesat dalam filem Nana Tanjung. Tergelak besar pula bila ternampak! Gambar saya di muka depan majalah Maskulin ketika pertama sekali keluar di media massa tahun 2005. Kalau nak baca cerita saya di Maskulin, boleh ke sini.
Cuba perhatikan jawapan saya kepada soalan terakhir Majalah Maskulin– tahun 2005 tu! 🙂
Tak dapat berlakon, masuk dalam majalah dalam filem pun jadilah…
ps: Hari ini saya ambil cuti kerja & dari Minggu Memulakan Perniagaan Internet oleh kerana mengganti hari kerja saya 1 Jan hari tu 🙂