[Bersambung dari “ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 1)”]
MELABUR PADA LEBIH SATU PELABURAN

Apabila melabur pula, bukan sahaja melabur pada satu akaun pelaburan, tetapi, melaburkan juga pada beberapa akaun pelaburan yang lain untuk memastikan untung atau rugi disebarkan. Aliran pendapatan juga turut berganda dengan pelbagai akaun pelaburan yang dimulakan.
Ramai juga yang memiliki perniagaan, dan melaburkan keuntungan mereka dengan membeli hartanah kemudian menyewakan hartanah tersebut untuk memperolehi lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia bahawa industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak dahulu kala lagi sehingga kini.
Sebagai tambahan, bidang hartanah juga, boleh menjadi punca pendapatan berganda apabila melabur kepada beberapa hartanah dan bukan hanya pada satu sahaja!
Pepatah Inggeris berbunyi “Don’t put all eggs in one basket” – Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Ini kerana, sekiranya bakul yang dibawa terjatuh maka, kesemua telur akan pecah. Maksudnya, dengan membawa satu bakul sahaja ia umpama bergantung hanya kepada satu sumber pendapatan sahaja.
Dengan mempunyai punca pendapatan yang lain, kita akan dapat memperolehi aliran pendapatan yang berganda. Sekiranya si kaya mempunyai 5 punca pendapatan, di mana setiap daripadanya dapat memperolehi RM3,000 setiap bulan. Jumlah pendapatan kesemuanya akan menjadi RM15,000. Sekiranya mempunyai 10 punca pendapatan, maka, pendapatan bulanan si kaya menjadi RM30,000.
Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan pendapatan anda ketika ini. Fikir bagaimana anda boleh membuka lebih banyak pili pendapatan untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih deras seperti si kaya!
Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,
Irfan Khairi.