Warnai Perniagaan Anda

Warnakan perniagaan dengan warna jenama anda! Satu cara baik untuk memberi daya tarikan profesional kepada perniagaan anda (walaupun perniagaan kecil), adalah dengan mempunyai warna khas untuk perniagaan anda untuk tujuan penjenamaan (branding). Gunakan warna perniagaan anda di mana-mana sahaja– promosi, laman web, poster, kad bisnes, leaflet, logo dan lain-lain.

Sebagai contoh, Rahsia Internet.com, Coca-Cola, 7-eleven dan Malboro, menggunakan warna merah sebagai warna perniagaan. 7-Up, Petronas, BP dan Salem menggunakan warna hijau sebagai warna perniagaan. Apakah warna khas perniagaan anda?