Ingat tak hari tu kita ada bincang bagaimana McDonalds mempunyai satu “system” menjual burgernya yang boleh diduplikasikan dalam bentuk francais?
Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan sebegini untuk melipatkali gandakan keuntungan mereka. Ini termasuk Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, KFC, Pizza Hut, Popular dan lain-lain…
Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang mempunyai satu sistem untuk difrancaiskan (kedai runcit pun boleh francais!), hubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk pelbagai bantuan yang mereka sediakan.
Apakah contoh-contoh industri yang boleh difrancaiskan? Berikut adalah industri-industri dan peratusan (%) francais tempatan mengikut industri tersebut:
Makanan (30%)
Pakaian dan aksesori (15%)
Pusat pembelajaran dan latihan (12%)
Perkhidmatan (10%)
Pusat kecantikan/kesihatan (4%)
Automotif (3%)
Pasar raya/mini (3%)
Dekorasi/cenderamata (3%)
Perhotelan/pelancongan (3%)
Kedai buku/alat tulis (3%)
Kosmetik/penjagaan kesihatan (3%)
Barang kemas (2%)
Optometrist (2%)
Pusat telekomunikasi (2%)
Farmasi (2%)
Pakar runding (1%)
Komputer (1%)
Untuk menghubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA), sila ke http://www.mfa.org.my
Oh ya… terdapat 260 francais tempatan yang didaftar dibawah Akta Francais, di mana 197 francais milik bukan bumiputra, dan cuma 63 francais milik bumiputra.
Kepada usahawan-usahawan tempatan, apa kata kita naikkan lagi jumlah tersebut untuk mewujudkan persaingan yang sihat.