Tawaran perniagaan yang hebat

satu babak dalam salah satu filem all time favourite saya- The Godfather dialog berbunyi…

“Give him an offer he can’t resist”

Walaupun dalam filem tersebut merupakan dialog antara mafia, tetapi, dialog itu boleh menjadi satu petua yang hebat dalam perniagaan!

Dalam perniagaan, untuk menarik pelanggan, kita juga perlu memberi offer (tawaran) yang sukar untuk resist (ditolak). Fikirkan nilai yang terbaik untuk pelanggan anda sehingga sukar untuk mereka katakan “tidak”.

Contoh:

  • Tawaran 10% atau 20% diskaun mungkin sudah biasa kita dengar. Jadi, mudah untuk kita tolak tawaran tersebut. Tetapi sekiranya tawaran 60% atau 70% diskaun, semestinya sukar untuk di tolak oleh pelanggan!
  • Beli satu dapat satu percuma, mungkin sering sudah kita dengar. Tetapi apakata lakukan beli 1 dapat 2 percuma!

Baru baru ini, saya ternampak di kedai kasut tawaran “offer you can’t resist” ini.

offerhebat.jpg

Beli 1 kasut, dan dapat satu lagi kasut dengan harga hanya 50sen!

Fikirkan tawaran terhebat yang boleh diberikan untuk menarik pelanggan! Lagi hebat tawaran tersebut, lagi ramai pelanggan anda akan dapat.

ps: Jangan lupa sertai Revolusi Perniagaan Internet April 2011 ini, sementara pada harga early-bird. Harga asal akan dikenakan tidak lama lagi! Lawati http://www.irfankhairilive.com