[hana-code-insert name=’p4promo’ /]
Membina jenama adalah amat penting di zaman ini yang terlalu banyak persaingan perniagaan. Sehari kita terdedah kepada lebih 2,000 iklan-iklan perniagaan. Tanpa membina jenama, pastinya perniagaan kita akan tenggelam!
Membina jenama adalah amat penting dalam perniagaan, dan sebagai permulaan, berikut adalah asas-asas membina jenama…

- Nama perniagaan Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut, mudah di eja dan mudah diingat! Seringkali, nama yang complex atau complicated mudah dilupakan oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama jenama hebat di dunia, dan anda akan dapat lihat betapa mudahnya bahasa/nama digunakan untuk memudahkan nama perniagaan kita masuk ke fikiran pengguna.
- Logo & Warna perniagaan Manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan senget Air Asia di atas warna merah, logo Apple pada produk apple seperti iPhone, dan juga lambang arca M warna emas untuk McDonalds.
- Slogan Dengan terlalu banyak perniagaan, ianya semakin sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan keistemewaan perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai slogan pendek yang padat untuk memberi makna kepada jenama kita.
Namun begitu, menjenama perniagaan kita bukan setakat visual seperti di atas. Ada banyak lagi perlu difahami mengenai jenama terutamanya bagaimana kesan emosi sesuatu perniagaan itu boleh menarik lebih ramai pelanggan melalui pembinaan jenama- secara psikologi
Satu kelemahan perniagaan kecil-kecilan adalah kurangnya maklumat bagaimana hendak membina jenama.
Cara terbaik dalam membina jenama adalah di langkah awal. Sebelum memulakan perniagaan anda (atau di tahap awal perniagaan anda sekiranya belum memikirkan jenama), fikirkan bagaimana anda perlu membina jenama perniagaan bermula dengan asas di atas.
Namun, membina jenama bukan sahaja pada logo, warna dan slogan, kerana ada banyak lagi faktor yang dapat membina jenama perniagaan anda. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu anda membina jenama perniagaan anda bermula tahap awal. Dalam dunia perniagaan pesaingan tinggi ini, pastinya penjenamaan adalah amat penting dalam mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut bagaimana kami dapat membantu anda dalam memulakan jenama perniagaan anda di Internet atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 melalui Program Intensif separuh masa kami.
