Mudahan hari raya anda di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Bulan ini masih lagi bulan raya, dan open house sana-sini masih dijalankan walaupun kebanyakan dari kita sudah mula bekerja 😉
Pada hari raya ke-3 saya menjalankan segmen motivasi saya di TV1, Hujung Minggu Malaysia bertajuk “Bangun Semula Selepas Raya” yang membincangkan bagaimana hendak mengurus semula kewangan kita sekiranya “ter” lari budget ketika raya. (Jangan lupa menonton segmen saya setiap Ahad)
Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
* Tambahkan simpanan (berjimat)
* Tambahkan pendapatan
Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai “Solusi 60%” boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:
1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am
Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan.Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu.
Berikut adalah klip YouTube sekiranya terlari budget ketika raya…
Klik di sini sekiranya tidak dapat melihat klip YouTube di atas
Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.
Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita.
ps: Sekiranya ingin menambahkan pendapatan, salah satu pilihan adalah memulakan perniagaan Internet dari rumah. Saya akan mengadakan seminar Lipat Ganda MLM tak lama lagi, khas bagi usahawan MLM yang ingin mempelajari kaedah bagaimana menambahkan prospek, downline dan juga pelanggan perniagaan MLM mereka melalui Internet- tak kira perniagaan MLM apa pun.