Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Peluang ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda sekeluarga. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada tersalah dan silap.

ri_raya.jpg

Semoga raya ini di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di samping jangan lupa juga pada mereka yang kurang bernasib baik.Sekiranya balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya dan ingat mereka yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.

Jadikan hari raya ini sebagai Ibadat. Beri dan mohon kemaafan kepada insan dengan penuh keikhlasan agar Allah swt ampunkan segala dosa kita.

Jadikan pagi raya sebagai titik PERUBAHAN ke arah mencari redha Allah.

Maaf Zahir dan batin dari saya sekeluarga,

-Irfan Khairi