The Millionaire Mind adalah buku tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dilakukannya keatas beratus-ratus jutawan. Menurut surveynya didapati “Having a supportive spouse” adalah dikalangan top 5 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan!
Pepatah mat salleh mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman.
Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.
Pesanan saya…
- Bagi anda yang merupakan isteri kepada suami yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan!
- Bagi anda yang merupakan suami kepada isteri yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan! (Walaupun keadaan ini agak sukar bagi sesetengah kaum lelaki)
- Bagi anda yang masih bujang trang-tang-tang… cari pasangan yang benar-benar memahami matlamat anda yang besar itu. Sekiranya sebelum kahwin x faham… maka, dah kawin nanti pun tetap tak faham-faham 😉
Antara pembaca blog ini mungkin pernah berjumpa dengan isteri saya, Shaz ketika Workshop Jutawan Internet. No doubt Shaz berikan 110% sokongan untuk mencapai kejayaan… walaupun ketika kami duduk flat kecil tiada bilik 8 tahun dulu!
Dan hari ini, genap 8 tahun wedding anniversary kami, dan dikurniakan 4 cahaya mata 😉

Beri sokongan kepada pasangan hidup anda. Bukan sokongan ala kadar sahaja, tetapi 110% sokongan dengan penuh keghairahan (passion) 😉 Baru la pasangan hidup kita takkan gagal…