Irfan Khairi & Perniagaan Internet

Tip berbentuk cerita kali ini… Ramai yang tanya saya… Irfan Khairi ni pakar perniagaan Internet ke, pakar perniagaan offline ke, atau motivator kejayaan? Begini ceritanya… sejak berumur 18 tahun, saya amat berminat dengan topik kejayaan, motivasi dan pembangunan diri. Semua wang saya laburkan untuk membangunkan diri sendiri (bukan bangun dari duduk). Self-development kata mat salleh.… Continue reading Irfan Khairi & Perniagaan Internet

Memiliki perkataan

Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil– saya sendiri boleh membuktikannya 🙂 Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda. Tip kali ini: miliki perkataan. Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau dua perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh: “Fast… Continue reading Memiliki perkataan

Minda separuh sedar (Subconcious Mind)

Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.… Continue reading Minda separuh sedar (Subconcious Mind)

Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Semakin banyak scam (penipuan) tidak kira di perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet kini. Bagaimana hendak tahu sama ada ianya SCAM ataupun bukan? SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai… Continue reading Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Gandakan kejayaan anda

Mencapai kejayaan adalah umpama satu pertandingan lumba lari yang sengit. Dalam lumba lari, katakan pemenang tempat pertama mendapat hadiah yang bernilai 5 kali ganda lebih dari pemenang tempat ke-dua. Adakah ini bermaksud pemenang pertama adalah 5 kali lebih laju dari pemenang tempat ke-dua? Tentunya tidak! Begitu juga dengan mencapai kejayaan. Untuk mencapai kejayaan, tidak bererti… Continue reading Gandakan kejayaan anda

Marketing Mix

Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2? Maksud ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda, mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi. Namun sekiranya anda gabungkan promosi kad… Continue reading Marketing Mix

Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu. Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.… Continue reading Kos penghantaran dalam perniagaan Internet

Ogos 2006 – Bulan Merdeka!

Seperti biasa, masuk bulan baru, tiada tip satu minit untuk hari ini. Ada juga yang tanya kepada saya, kenapa setiap kali masuk bulan baru, kita berhenti sebentar tanpa tip. Jawapannya adalah, dalam mempelajari apa sahaja, kita perlu berikan masa untuk membuat rujukan dan ulangkan bacaan supaya kita lebih ingat dan memahami apa yang dipelajari. Kajian… Continue reading Ogos 2006 – Bulan Merdeka!