Cerminkan diri sendiri

Bukan untuk check diri anda hensem atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca ini semuanya cun-cun belaka! 🙂 Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda. Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana… Continue reading Cerminkan diri sendiri

Hi, my name is Sam, this is my card!

Teringat saya degan sitcom popular 2+1 suatu masa dulu untuk tip ini. Apabila membuat kad bisnes (business card), penuhi ruang belakang kad bisnes anda dengan maklumat perniagaan anda- produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Ini adalah kerana seseorang itu akan terima terlalu banyak kad bisnes dan jarang sekali dapat ingat apakah perniagaan anda sebenarnya sekiranya… Continue reading Hi, my name is Sam, this is my card!

Tulis… jangan tak tulis!

Sejak saya menulis di ruang motivasi majalah MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya. Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut… Continue reading Tulis… jangan tak tulis!

Senyuman dalam perniagaan

Ketika berniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba kekedai anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai anda, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi. Senyuman juga bukan sahaja apabila bersemuka. Di telefon juga,… Continue reading Senyuman dalam perniagaan

Matlamat yang realistik

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda 2-3 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menambahkan pendapatan anda sebanyak 20%-30% dalam masa setahun adalah lebih realistik! Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi… Continue reading Matlamat yang realistik

Yakin dengan diri sendiri!

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyinya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda… Continue reading Yakin dengan diri sendiri!

Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

Sekiranya anda belum lagi mengambil peluang Internet untuk mempromosi perniagaan anda, lakukannya sekarang! Ini adalah kerana, memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh… Continue reading Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi? Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai “coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain… Continue reading Bantuan & motivasi bagi yang sudah berjaya…

Nama Perniagaan Anda

Dalam menamakan perniagaan anda, pastikan nama perniagaan anda mempunyai kaitan dengan fungsi perniagaan anda. Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan anda juga bertindak sebagai strategi promosi perniagaan anda. Nama yang efektif adalah apabila nama perniagaan anda disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut… Continue reading Nama Perniagaan Anda

Tangga kejayaan… tangga yang betul?

Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?” Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah. Di sini lah terjadinya keadaan… Continue reading Tangga kejayaan… tangga yang betul?